Saturday, August 29, 2015

Ajarkan aku untuk mencintai lebih daripada aku dicintai

Kata Hamka; Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

 Cuma persoalannya cinta yang bagaimana Hamka maksudkan?

Apa bezanya cinta sejati dengan cinta biasa-biasa..

Fromm tegaskan bahawa ada 4 elemen dasar dari cinta.
1.Pedulis
Bermaksud kita menaruh perhatian secara aktif terhadap hidup dan kesejahteraan orang yang dicintai.
2.Tanggungjawab
Usaha untuk kita merespon atau bertindak balas terhadap keperluan orang lain.Rasa keterbukaan kepada orang yang kita cintai.
3.Menghormati
kita menghormati orang lain selayaknya sebagai diri dia. Bermaksud kita tidak cuba untuk buatkan dia macam mana yang ktia nak dan fikirkan. Biar dia tumbuh sebagai mana diri dia.
Hamka juga sentuh hal ini dengan perkataan beliau, ''Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya''
4.Pengetahuan
bermaksud mengenal orang itu dari segi rasional dan perasaan.
kata fromm bahawa selama kita tidak boleh mencintai semua orang selama itu kita tidak boleh cintai seorang pun.
Fromm cuba hendak beritahu kita, bahawa seni paling awal untuk mencintai adalah mencintai mereka yang tidak memberi kepentingan kepada kita.
Saya katakan bahawa hal ini selari dengan fasa dalam sirah Rasulullah.Iaitu tidak berpaling daripada orang miskin yang memerlukan pertolongan,tapi justeru harus melayani dan mencintai mereka.Hal ini sebahagian daripada untuk mengukukhkan intuisi moral. Dalam fasa lain rasulullah juga mengajar kita mencintai orang yang tidak mencintai kita.
Semua ini adalah secara asas untuk mengajar kita lebih ikhlas agar kita tidak mulai mencintai, supaya kita dicintai.
Hamka rhm juga tekankan dalam perkataan beliau ''Jangan mencintai seseorang seperti bunga, karena bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, karena sungai mengalir selamanya.''

-Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan…-Hamka