Aku tak selalunya salah dan kau tak selalunya betul...
'Dia mesti anak orang kaya sebab boleh sambung belajar terus'
'Dia ni pentingkan diri la... keje la dulu dah tahu ekonomi teruk sekarang'..
'sambung belajar tu mesti malas nak cari keje tu'...
ni la antara komen-komen yang aku dengar dari manusia yang mempunyai pendirian untuk bekerja dahulu sebelum menyambungkan pelajaran.
sungguh, tidak pernah terlintas di fikiranku mengatakan orang yang tidak menyambungkan pelajaran selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, adalah orang yang malas belajar atau tidak punya wang... setiap orang bebas menyatakan pendapat mengikut pengalaman dan hasil pemikiran masing-masing..
aku meraikan kedua-duanya, sama ada untuk meneruskan terus pengajian ataupun mahu melakukan pekerjaan.
1) wang
Pendidikan di Malaysia memang memerlukan sejumlah wang yang besar. Oleh itu, tanamkanlah cita-cita dan perancangan yang lebih besar daripada masalah yang kamu hadapi. Untuk menyejukkan hatiku dari memikirkan masalah kewangan, aku hanya pasakkan keyakinan terlebih dahulu.. kerana wang boleh jadi sudut yang kecil dalam aspek rezeki. Aku bagi contoh, semasa hendak mendaftar sebagai pelajar Sarjana, aku sudah merancangkan untuk melakukan kerja sambilan untuk bayaran yuran pengajian. Namun, apabila pulang ke rumah, aku merasakan keadaan di rumah lebih memerlukan figura aku, lantas aku mengubah fikiran membantu apa yang termampu kudratku. Alhamdulillah ada rezeki lain yang sudah diatur untuk pembayaran yuran. so, yakin dan ikhlaskan amalan.
2) Kahwin
hahaha..aku tak perlu risau dengan soalan kebanyakan orang di luar sana.. Sebab?.. Tuhan lebih tahu bila hambaNya sudah bersedia.
ni sahaja yang mampu aku ulas untuk waktu ini..
Tuhan akan menunjukkan kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu mencari, Dia menunjukkan...