Monday, December 29, 2014

Terbaik dari DETEKTIF INDIGO

Novel Detektif Indigo ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang mempunyai daya pemikiran yang luar biasa dan IQ yang tinggi. Mereka bernama Cheng Chung-Hafiz al-Quran, Faruk- 'Si Tahukah Anda', Mihrimah 'Pakar Sains Forensik', Isamu Nakamura- 'Entamologi', Ruzbihan-'Deria Bau' dan Zaitun-'Ahli Kimia'. Mereka berenam adalah remaja yang mempunyai kelebihan dari segi deria keenam (sixth sense)


Sebenarnya buku ini sudah lama saya baca tetapi baru hari ini saya berkesempatan untuk menulis berkenaannya. Saya suka membaca karya Faisal Tehrani kerana penulis ini sentiasa menulis sesuatu yang baru, bermaklumat dan penuh dengan mesej keagamaan. Persoalan takwa, iman, adab dan akhlak memang tidak lari dari menjadi tema dalam penulisan kreatif beliau. Kadang-kadang banyak ayat-ayat terjemahan Al-Quran disertakan dalam karya beliau.

Saya hanya mengambil masa selama dua hari untuk menghabiskan bacaan buku ini. Novel ini mempunyai 188 helai muka surat. Walaupun novel ini nipis sahaja, tetapi banyak mesej dan pengajaran yang boleh kita dapat dengan membacanya. Lebih-lebih lagi kepada golongan remaja dan ibubapa, buku ini sangat sesuai untuk kita jadikan bahan bacaan demi untuk mengutip sedikit ilmu bagi melahirkan remaja yang cemerlang seperti Detektif Indigo.

"Mereka dilatih bukan semata-mata untuk mendapat ILMU dan teknologi, bahkan menjelmakan ADAB & AKHLAK diterasi IMAN & TAQWA....

No comments:

Post a Comment