Wednesday, February 18, 2015

RIndu Sama Kg Mendrop, Gua Musang

Semalam..petang..adik angkat aku call.. sapa tak suka oii orang call.. meh aku nak ceqita sikit, awat aku suka sangat dengan keluarga angkat aku di sana...

1. sangat meraikan tetamu
- kalau hampa nak tau, masa mula-mula aku tak ada keluarga angkat, pastu ada seorang amek ni datang, nak anak angkat... aku pun apa lg, bgtahu la..aku pun ok ja.. dapat la dengan Nabil, classmate aku.. rupa-rupa mereka belum memeluk Agama Islam.. rumahnya bersih, tak benarkan anjing masuk..siap pelawa lagi aku tidur umahnya, dan aku pun tidur ja la di rumahnya, sedangkan pelajar-pelajar lain tidur di dewan.. hehehe...
2. baik
baik ni subjektif an.. Apak aku selalu cerita kisah-kisah masyarakat orang asli di samping ajar bahasa Temiar..aku buat kamus dah..huhu.. kisah dalam hutan, waktu tu belajar kehidupan mereka, siap bawak g kebun lagi..luas..cantik, aku memang suka tempat macam ni, makan manggis (orang lain tak dapat tau, aku takut jugak nak ikut masuk hutan sorang2 mula-mula tu, tapi tawakal ja) Nabil pulak dibawa apak p menjala ikan.. ikan sungai segar tuuuu... amek aku selalu masak, walaupun pihak program ada sediakan makanan, dia tetap akan masakkan masakan lebih untuk kami.. aku pun belajar masak cara depa, kalau hampa nak tau, kalau depa kena kerja, pukul 4 pagi dah bangun untuk siapkan sarapan.. masa aku terbangun pukul 6 pagi, adik angkat aku tanya, tak gi solat ka.. ya,,mereka sangat menghormati Islam.. apak aku kata, dah anggap aku macam anak dia dah..banyak lagi la cerita nak kongsikan...
3) belajar..
Amek aku selalu cerita, banyak benda yang kongsi ngan aku.. yang sebelum ni aku tak tahu dan ramai yang belum tahu, aku malu jugak nak cerita, tapi untuk pengetahuan hampa2.. pagi perempuan yang dalam 'period', bagi keluarga angkat aku..mereka akan berpuasa..puasa tu bermaksud mereka tak makan daging dan tidak makan bersama dalam tempoh tersebut. amek aku ni selalau dipanggil untuk upacara sewang dari kampung-kampung lain.. boleh kata sekali panggil tu bayaran lumayan juga la..
4) pemandangan
yap..wa memang suka gila dengan suasana gunung, sungai,,,,, makna kata alam semulajadi.. masa kali kedua p sana, boleh kata setiap kali mandi, akan mandi sungai beb.. dapat pulak geng yang suka mandi sungai ni.. n setiap kali mandi, akan cari port baru..

#bagi kawan-kawan yang baru pertama kali ke sana, aku nasihatkan terima ja apa di sana (asal tidak melanggar syariat Islam).. dari situ kita akan belajar dan akan jadi kenangan yang indah..

Tuesday, February 17, 2015

Bicara ini Demi Ilahi

Dengan nama Allah SWT... Selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW

'Bukan mudah untukku berbicara, pasti ada yang terluka, meski bicaraku ini bukan untuk menuding sesiapa. Namun, demi ummah, aku pedulikan kata nista, aku redah lautan gelora. kerana aku yakin, DIA akan mengadiliku di sana....'- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 ni kata-kata awal di muka depan buku... tengok ni saja, buat aku terasa nak baca dalamnya... buku ni aku pinjam ja dari PTSL... aku cuma boleh share kat sini sikit saja..tapi betul, aku sarankan, bacalah buku ni dengan hati yang terbuka, ikhlaskan untuk mendapat ilmu, moga bermanfaat, tak kisah lah warna apa sekalipun parti politikmu, berapa banyak pangkatmu.. kerana ada penulisannya mengatakan....

"Sedarilah..hidup ini saling tumpang menumpang. Di situlah lahirnya rasa syukur kita. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situlah ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Bayangkan betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memerikan sepinggan nasi kepada kita. Alangkah kerdilnya kita ini di bumi Allah..  "

Sesungguhnya Allah SWT telah mengisyaratkan kepada kita bahawa untuk meraih hidayah ke jalan kebenaran tidak lain adalah mendengar, membaca, membahas perkataan-perkataan baik seperti kuliah, ceramah, majlis diskusi ilmu yang bermanfaat, kerana ilmu adalah penyuluh hati.

 Al-Fatihah....

MEMBACA VS PEMALAS

-"Bagiku Orang yang membaca tu orang yang pemalas...yalah sambil membaca boleh baring, pastu tidur.. zzzz"..
-yaka, kalau macam tu hang silap, ulama-ulama dulu kan suka membaca, so, takkanlah mereka semua tu pemalas..

(Benda ni buat aku fikir balik, dah lama sebenarnya aku pegang prinsip, orang membaca tu orang yang malas, sebab aku akan membaca untuk mengelak dari buat latihan yang perlukan penulisan, kira-kira dll. dan bagi aku orang yang membaca juga malas sebab sambil baring... ooowhh so sad,itu maknanya hang tak beradab dengan ilmu la geng.. hang jangan sempitkan pemikiran.. dah hang sikap mcm tu, hang nak simpulkan semua orang macam tu..)

and.. cuti semester untuk semester terakhir ni aku sengaja balik awal ke UKM, tempat yang selalu aku ziarah.. Perpustakaan Tun Sri Lanang.. hah, apa lagi, sebelum buka kerja thesis, buka minda dulu beb... aku terjumpa buku PESAN HATI UNTUK HATI-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi...

Pesan no 1 pun dah zuuuuup oii... "membaca itu satu keperluan".. so, maknanya kalau dah nama keperluan, kalau tak penuhi keperluan itu, lama-lama mati beb.. yes, mati hati, mati akal...

When you stop learning you stop leading!!!
Jadi, apabila umat Islam malas membaca, kita akan 'berhenti' belajar. apabila kita berhenti belajar, kita akan berhenti memimpin. pada ketika itulah kita akan 'dipimpin' oleh orang lain.

; kalau nak tahu lebih, boleh baca sendiri bukunya; 


Thursday, February 5, 2015

KEDAI KHIDMAT SEWA BUKU


Semalam, aku ke kota... banyak kedai buku yang aku masuk, POPULAR, PUSTAKA UNION, dan Kedai WI MAJU, disamping Perpustakaan Negeri Kedah.. tapi biasalah, hanya ada nafsu TAPI TAK PUNYA duit..
Tapi aku nak cerita 1 kedai ni, kedai khidmat sewa buku...Aku teringin buka kedai macam ni...ni antara list jenis kedai yang aku teringin nak ada... perkhidmatan sewa buku... aku cuma tahu, kat City Plaza, Alor Setar.. dia duduk kat Aras 3.. terbelakang skit kedai tu.. lama dah aku tahu kedai tu, tapi baru semalam aku ada rezeki untuk masuk..tapi kedai tu majoritinya buku komik dan anime, aku bukanlah penggemar buku2 tersebut.. tapi saja ja nak tahu perkhimatannya macam mana..dan aku rasa bagus dan sangat berbaloi.. satu komik aku baca 70 sen, dengan masa yang tidak terhad...
Dan aku rasa tak rugi kot buat kedai macam tu..sebab aku tengok penjual tu sambil tunggu pelanggan, dia pun turun baca buku..kan dah dapat ilmu...
(untuk ibu-ibu atau suri rumah yang mempunyai minat membaca dan ingin berkongsi, disamping untuk menambah pendapatan, mungkin ni salah satu cara untuk 'kita'.)hehehe...

Tuesday, February 3, 2015

AKU BARU TAHU

Cuti semester bagi mahasiswa, sapa yang tak suka, tapi mungkin ada segelintir yang tidak suka, bagi aku, aku suka..yesss... apa yang hampa-hampa buat untuk isikan waktu pada waktu 'cuti' ni ? .. apa yang aku boleh cadangkan dan aku juga cuba buat :
1) Baca buku
    ini perkara yang aku selalu buat kalau aku malas masa kecik-kecik dulu... yalah tak mau buat latihan dalam buku, so... baca jala kerja aku... lama kelamaan ia telah menjadi habit dalam hidup aku sampai la ni umur aku 23 tahun (kedepan-kedepan aku tak jamin)... baru-baru ni, aku sengaja balik lewat beberapa hari untuk balik ke rumah.. haa.. waktu ni lah aku boleh selongkar buku-buku apa yang aku nak baca... dan yang aku teruja, aku terjumpa dua buku ini...haa...untung juga aku balik lewat ni (walaupun target thesis tak siap).. buku ni:

2) Balik rumah
    sesuka mana pun anda di tempat sekarang, kalau tak balik rumah waktu cuti, anda tetap tak akan rasa selesa... sebab aku boleh kata, kat rumah kan pendidikan awal kita bermula, dan sehinggalah sekarang. aku pelik jugak kalau orang kata duduk di rumah itu akan membosankan... padahal banyak benda yang kita boleh buat di rumah antaranya, tolong ibu bapa, buat apa yang termampu... masa nak basuh baju hampa tu, basuh ja lah baju mak ayah, masak plak, masak ja la lebih sikit, basuh toilet, masa mandi tu, basuh ja la sekali terus, macam-macam lagi lah boleh buat kat rumah tu... kalau boring masak la menu baru...
3) buat benda yang suka
   banyak benda yang aku suka kalau nak share ni... antaranya, tanam pokok... kalau cuti panjang sikit, memang aku suka tanam sayur.. best habaq hang... nak makan free... hihihihi.. aku pernah tanam kacang bendi, petola, jagung, cili banyak lagi lah..tapi balik kali ni, mak abah aku dah tanam dah.. so aku tolong tengok ja la.. hmmmm...
4) tidur
haa.... time study kan selalu sangat merungut tak cukup tidur, waktu cuti macam ni cover la tidur.. tapi aku tak kata la kena tidur tak bangun-bangun, maksud aku tidur awal, bangun awal... mesti kualiti punya...

banyak lagi kalau nak kongsi ni..tapi dah tak larat nak taip..mungkin lain laki aku share lagi... nak baca ka tak, ikut suka..aku tak paksa... ok..