Dengan nama Allah SWT... Selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW
'Bukan mudah untukku berbicara, pasti ada yang terluka, meski bicaraku ini bukan untuk menuding sesiapa. Namun, demi ummah, aku pedulikan kata nista, aku redah lautan gelora. kerana aku yakin, DIA akan mengadiliku di sana....'- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
ni kata-kata awal di muka depan buku... tengok ni saja, buat aku terasa nak baca dalamnya... buku ni aku pinjam ja dari PTSL... aku cuma boleh share kat sini sikit saja..tapi betul, aku sarankan, bacalah buku ni dengan hati yang terbuka, ikhlaskan untuk mendapat ilmu, moga bermanfaat, tak kisah lah warna apa sekalipun parti politikmu, berapa banyak pangkatmu.. kerana ada penulisannya mengatakan....
"Sedarilah..hidup ini saling tumpang menumpang. Di situlah lahirnya rasa syukur kita. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situlah ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Bayangkan betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memerikan sepinggan nasi kepada kita. Alangkah kerdilnya kita ini di bumi Allah.. "
Sesungguhnya Allah SWT telah mengisyaratkan kepada kita bahawa untuk
meraih hidayah ke jalan kebenaran tidak lain adalah mendengar, membaca,
membahas perkataan-perkataan baik seperti kuliah, ceramah, majlis
diskusi ilmu yang bermanfaat, kerana ilmu adalah penyuluh hati.
Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment