Thursday, February 5, 2015

KEDAI KHIDMAT SEWA BUKU


Semalam, aku ke kota... banyak kedai buku yang aku masuk, POPULAR, PUSTAKA UNION, dan Kedai WI MAJU, disamping Perpustakaan Negeri Kedah.. tapi biasalah, hanya ada nafsu TAPI TAK PUNYA duit..
Tapi aku nak cerita 1 kedai ni, kedai khidmat sewa buku...Aku teringin buka kedai macam ni...ni antara list jenis kedai yang aku teringin nak ada... perkhidmatan sewa buku... aku cuma tahu, kat City Plaza, Alor Setar.. dia duduk kat Aras 3.. terbelakang skit kedai tu.. lama dah aku tahu kedai tu, tapi baru semalam aku ada rezeki untuk masuk..tapi kedai tu majoritinya buku komik dan anime, aku bukanlah penggemar buku2 tersebut.. tapi saja ja nak tahu perkhimatannya macam mana..dan aku rasa bagus dan sangat berbaloi.. satu komik aku baca 70 sen, dengan masa yang tidak terhad...
Dan aku rasa tak rugi kot buat kedai macam tu..sebab aku tengok penjual tu sambil tunggu pelanggan, dia pun turun baca buku..kan dah dapat ilmu...
(untuk ibu-ibu atau suri rumah yang mempunyai minat membaca dan ingin berkongsi, disamping untuk menambah pendapatan, mungkin ni salah satu cara untuk 'kita'.)hehehe...

No comments:

Post a Comment